BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 29, 2011

perlu teman kala ini....

hai....

biarla entry2 aku menyoroti kisah sedih aku kat dunia ni....
sejak aku mengenali incik s..aku dah banyak lupakan Tuhan...aku masih sembahyang..cuma aku leka dalam tuntutannya dalam hal  "buat apa yg disuruh dan tinggalkan apa yg dilarang"..entahla..incik s dan ex aku sama2 alim cuma alim incik s tertewas bila jumpa aku..aku pun pelik..eyy...xda lebih2 eh...jgn ingat bukan2 pulak..bagi aku pegang tangan tu pun dosa besar yg aku buat..


kalau dulu dgn kanda..dia pandai jaga aku,hormati privasi aku...entah la...


semoga Allah tunjukkan jalan yg benar dan lurus buat aku...aku taktau hubungan aku dan incik s akan jadi apa lepas ni tapi aku berani bertaruh la...usaha dia utk memujuk aku hanyalah setakat call aku walaupun dia tau aku off hf...kalau lelaki lain kan..mesti dah rasa susah hati dan terus datang cari aku kat rumah sambil berulang kali minta maaf kan???


malangnya dia tak seperti yg ku harapkan...sedih hati aku...

KELIRU..YA ..AKU KELIRU..

salam semua..jam telah menunjukkan pukul 13.38am dan aku masih rancak menaik diiringi lagu sedu dan hati yang berkecamuk..


bagi yang tidak tahu...aku dah bertunang dengan incik senyum pada tanggal 16.7.2011 haritu..dan ya..aku baru mengenalinya slama 8 bulan dan mengambil keputusan drastik itu setelah didorong kakak sulungku..pada masa itu,prasaan aku mcm hanya menurut perintah dan meng-ia-kan saja sbb dulu prinsip hidup aku..aku tak suka bertunang lama2 sbb aku takut byk masalah.hermmmm...di sini,bukan kekesalan yg aku cuba nyatakan cuma aku rasa dugaan makin berat utk aku..emosi aku dah tak dpt dikawal...


ermm..majlis haritu meriah dan semua kawan2 aku baik skola rendah,skola menengah mahupun bekas kwn2 kolej smua terkejut kerana mereka tidak menyangka diam2 aku rupanya diam2 ubi berisi.ah..pedulikkan pepatah itu!


aku tak paham la dengan incik senyum ni.....aku seorang perempuan yg sangat susah utk jatuhkan air mata..tapi..dia selalu bagi aku menangis..walaupun dia memang ada gembirakan aku namun semua itu aku rasa tak berguna lagi selepas dia bagi aku menangis...aku dendam dgn dia....


bil kerap kali dia buat sikap mcm ni,ingatan aku akan teringat kekasih lama kembali sbb...kanda tak penah buat aku menangis sepanjang kami kwn..ya..aku rindu saat itu..aku rindu dia...kalau la diberi peluang,aku x nak lepaskan dia sbb dia seorang yg sgt penyabar....caring dan alert dgn prasaan aku..huk...tapi kini..incik senyum a.k.a tunang aku hanya  buat aku menangis sambil menaip entry ini... kejamnya dia...


habis bengkak mata aku esok..xpa la...aku dah anggap blog ni mcm diari aku dah dari dulu lagi..sbb tu aku tak malu nak ceritakan semua kisah sedih aku..bukan bermakna time happy aku lupakan blog cuma...aku tak suka bangga atau ceriata hebat2..takut makan diri..


YA Allah..berilah kekuatan pada hambamu ini...

AKU BENCI INCIK S !!!!!!!!!!!!!!!!

TENGAH BEBAL, MENANGIS SEDU SEDAN SAMBIL BENGANG TAHAP DEWA!


aku benci dia...hurm..cakap x serupa bikin.aku cukup pantang la kalau org mungkir janji dlm hidup aku.bodoh punya tunang.benci aku..


biar la org nak cakap sikap aku macammnana pun cuma yg aku tau incik senyum memang seorang yg membencikan! sanggup dia lukai hati aku tanpa rasa belas kasihan.
apa pandangan korang hah berdasarkan masalah ni.:


aku dan incik senyum dah janji utk pegi shopping raya sabtu ni.dah lama planned.memang aku ada keluar dgn dia minggu lepas tapi kali ni tak sama sbb aku dah janji dgn mak dan ayah aku utk bawak diorang shopping sekali.


tawu tak kenapa aku menangis ni...boleh incik senyum bagitau aku pukul 9 mlm td yang esok terpaksa cancel rancangan sebab mak dia dah guna kereta pegi KL.ahad maybe baru balik...! sakitnya hati akuuuuu...


hu..hu..aku tak kisah tau kalau hal ni babitkn kami berdua tapi masalahnya kesian mk ayah aku..dah gembira dah nak pegi jalan2 tiba2 terbantut mcm ni..huk...sedih tau kecewakan mak ayah aku...huk..aku tak suka kecewakan diorang..aku rasa bersalah sgt....even aku study pun taknak kecewakan diorang..tapi..sampai hati incik senyum buat aku mcm ni...boleh dia msg2 aku tanpa rasa bersalah seolah2 benda ni adalah sesuatu benda yang tak penting..dia memang bodoh! aku benci dia..


huk..kesian tau bila aku nak cakap kat mak..tengok air muka dia...huk..huk...
aku ada lesen...tapi sbb trauma eksiden aritu...jadi aku dah takut nak bawak kereta..jadi..aku taknak rasa terkilan sbb tak mampu bawak orang tua ku jalan2 sedangkan aku ada lesen..mesti diorang pun teringin aku bawak diorang jalan2.masalahnya sekarang,aku ingat boleh bergantung harap pada incik senyum..malangnya dia dah bagi harapan aku musnah..


sampai hati......
bagi aku kan.,kalau seseorang tu ada rasa empati atau caring..mesti dia berkali2 minta maaf sebab dah batalkan rancangan..tapi..incik senyum boleh say sorry dengan tak bersungguh..pastu siap tak nak call aku sebab dia taknak keadaan jadi lagi teruk????


bodo betulla dia ni..dia memang suka kot org maki dia...


kalau dari segi pemikiran bijak la kan, tak boleh ka dia call mak dia dalam tempoh seminggu ni dan cakap dia nak guna keta hari sabtu ni atau tanya la mak dia samaada nak guna keta atau tak hari sabtu ni??malangnya dia tak buat semua tu!! sedangkan tu kereta dia...geramnyaa aku.!!! bangang punya tunang.
benci aku...




...huk..aku sedih pikir mak dan ayah aku..diorang dah tua..aku taktau nak bahagiakan diorang macammna selagi aku masih bernafas..selagi hayat masih ada...huk..minta maaf kerana semuanya bertukar menjadi begini......aku dah bertekad...aku dah off handphone pukul 11mlm tadi dan akan off sebulan..punya pasal la apa nak jadi...

Thursday, July 21, 2011

ANNISSA

tadi kan..masa pkul 10.30 mlm ada drama bersiri mlayu..ANNISSA..dah episode akhir weyh...sian dekat watak utama dia..selepas suami dia mati,baru dia dapat tau suami dia rupanya telah berkahwin dua...tu pun dgn kawan baik dia sendiri pulak tu...sian dia kan selama ni ditipu hidup2..entahla..lelaki tu la silap sbb tak berani berterus terang dan telah menyusahkan semua pihak...

aku berdoa semoga kehidupan aku dilimpahi nikmat dan kebahagiaan dari sebuah ikatan perkahwinan nanti..amin..

pukul 12 tgh mlm

hai..slamat mlm..smua org dah tidoq ka..
x mengantuk la plak  mlm ni..hurm...alhamdulilah..aku sudah melalui fasa baru dlm hidup  iaitu PERTUNANGAN...
apa?? igt sronok ka?hurmm..baru 2 hari bertunang dah perang besar..aku pun taktau la knapa tp ku mmg rasa mcm benci gila kat dya...


entahla..masalah yg slalu kami hadapi adalah komunikasi yg x berkesan.susah la aku nak ok dgn otak yg x pick up mcm dya...macammana aku nak buat ni...


aku dah konpius dgn prasaan sendiri..blog pun aku dah jrg hupdate sbb aku konpius dgn kehidupan aku..

yg tu jelah aku nk membebel tgh2 mlm ni.kan best klau bleh  upah org gaji..bukan nk bt apa...nk suh dya pinjamkn telinga ja supaya dpt  dgr luahan aku...laptop ni pun x bleh bercakap.haishhhh...

Tuesday, July 12, 2011

eemm

hai semua...malam ni nk sahur mkn apa ya..erm..ini la org2 yg rugi.dah nk dekat bulan posa baru gatai nk ganti puasa..
adik2..jgn contohi sikap ini ya..
nak ckp psl apa ya..
ttg majlis merisik..alhamdulilah..next time la story eh..
skrg ni tgh rancak bt preparation utk hari bertunang..
ponat..ponat..

Friday, July 8, 2011

BARU LEPAS MAKAN BURGER,,

ASALAMUALAIKUM.
hai semua..apa khabar?rasanya da lama tak menulis...y..banyak yg dah berlaku dalam kehidupan aku..hehe
alhamdulillah..harini majlis merisik telah berjalan dgn lancar..
mak dgn ayah incik senyum ja yang datang..dah la awal2 pagi plak tu datang..
kelam kabut aku kemas rumah...
aku pakai baju wana biru...
kebetulan plak dgn mak dya..
hehe...
takut lah utk langkah yg seterusnya..
doakan semuanya selamat..
amin..