BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 6, 2011

‘Bazar Ramadhan’ Jangan Jadi ‘Bazir Ramadhan’!



‘Bazar Ramadhan’ Jangan Jadi ‘Bazir Ramadhan’!

Posted on the August 5th, 2011 under Agama by

Apabila datang Ramadhan yang mulia, banyak tempat akan mengadakan pasar yang menyediakan banyak pilihan makanan dan juadah untuk berbuka puasa. Pasar ini yang juga lebih dikenali sebagai ‘Bazar Ramadhan’ sangat memberi faedah buat masyarakat terutamanya buat pasangan suami isteri yang bekerja. Kesuntukan masa dan kepenatan balik dari tempat kerja tidak mengizinkan mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa dengan sendiri. Justeru, ‘Bazar Ramadhan’ adalah jawapannya.
Adanya ‘Bazar Ramadhan’ bukan sahaja menyediakan kemudahan buat masyarakat, malah peluang seperti ini sangat dinanti-nantikan oleh para peniaga. Betapa Ramadhan menyediakan peluang buat mereka untuk menggandakan pendapatan. Syukur alhamdulillah

p/s: sumber dari harian metro

0 comments: